koheren atau runtutan merupakan sesinambungan atau kesatuan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana yang menggambarkan kejelasan idea, penekanan kepada idea utama dan idea sampingan dan dipersembahkan dengan ldea yang betul sehingga menjadi suatu teks yang bermakna. keheren juga menjadi suatu asas dalam pembinaan wacana kerana tanpa makna teks tidak dianggap sebagai wacana.
contohnya : ekonomi malaysia masih lagi dalam keadaan gawat. jelaslah ekonomi kita masih lagi betul-betul pulih.harga komoditi kita masih lagi rendah. imbangan dagangan kita masih belum meningkat. oleh itu kita mesti menghadapi kenyataan ini dengan relistik. kita tidak harus berbelanja lebih kerana keadaan ini
dalam contoh diatas, kesinambungan idea tentang keadaan ekonomi yang tidak menentu terjalin melalui perkatan dan frasa ekonomi malaysia dalam ayat 1belum betul-betul pulih dalam ayat 2, harga komoditi dalam ayat 3,imbangan dagangan dalam ayat 4,menghadapi kenyataan ini dalam ayat 5. kelima-lima ayat dalam perenggan diatas menjadi koheren yang bermakna. (http://skpusing.pkglahat.com/index.php?option=com_content&task=view&id=103&Itemid=48)
koheren juga bergantung kepada penggunaan kohesi yang sesuai dan gramatis serta dalam konteks penggunaan dan situasi. (http://www.scribd.com/doc/21782272/08-Tajuk-6-wacana)
contoh : susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi pada peringkat awal pembesaran. susu ibu mengandungi kolostrom. unsur ini kaya dengan protin.
ayat yang kohesi juga tidak bermakna dapat menghasilkan suatu wacana jika ayat tersebut tidak koheren atau sepadan serta bersesuaian dengan ayat-ayat yang terlibat.
contoh : pemuda itu membeli sebuah kereta baharu yang berwarna hitam. warna hitam ialah warna kegemarannya. kegemarannya adalah memancing ikan pada hujung minggu. walaupun contoh diatas mempunyai kohesi atau tautan, namun contoh tersebut tidak dikira sebagai wacana kerana ayat yang pertama dan kedua tidak mempunyai kesinambungan idea dengan ayat ketiga.
y best saen...nt present molek keh...
BalasPadamhee~~
thax dear..hahahaha
BalasPadam