Rabu, 6 Oktober 2010

migrain : pandangan peribadi..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
subhanallah walhamdulillah walaila haillallah wallahuakbar..

        Terlebih dahulu saya ingin mengucap syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat saya hidup dibumiNya ini supaya dapat menambahkan amal ibadat untuk dibawa berjumpa dengan penguasa seluruh alam ini..
        apa yang hendak saya katakan ini bukanlah berdasarkan kajian sains atau pun rujukan mana-mana buku-buku ilmiah tetapi berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri. saya telah menghidapi penyakit yang dipanggil migrain, atau sakit kepala dan sebagainya mengikut panggilan masing-masing iaitu rasa sakit yang amat sangat pada bahagian kepala sejak dari tinggkatan 2 lagi. jadi mengikut umur saya sekarang, saya telah menghidapi penyakit ini lebih kurang 7 tahun lalu.
       apakah yang dipanggil dengan migrain..?? berdasarkan pengalaman saya, migrain ialah suatu rasa sakit yang amat sangat pada mana bahagian kepala. apa yang berlaku kepada saya ialah semasa mula-mula diserang, saya akan rasa sakit dibahagian belakang tengkuk sama ada sebelah kanan atau kiri tetapi tidak pada kedua-duanya. namun boleh bermula sama ada bahagian tengkuk kiri atau kanan. selepas seketika saya akan mula sakit pada bahagian kepala. jika rasa sakit itu bermula pada bahagian kiri tengkuk, rasa sakit pada kepala juga sama iaitu pada bahagian kiri dan sebaliknya. bagi saya, rasa sakit tidak pernah berlaku pada kedua-dua belah bahagian kepala. selepas itu rasa sakit akan menular pada seluruh bahagian kiri kepala sebagai contoh sehingga bahagian mata. semasa tahap ini, rasa sakit menguasai segala-galanya sehingga saya rasakan sudah tidak ada benda yang lebih baik didunia ini daripada hilang rasa sakit ini.. mata mula kabur dan tidak dapat fokus kepada apa jua perkara lain.
        punca migrain?? secara tepatnya berdasarkan pengalaman saya,, migrain tidak berpunca dari mana-mana sebab dan sebagainya namun boleh dikurangkan dari segi kekerapan serangan dan rasa sakit sahaja. antara pantang ataupun  apa sahaja yang dipanggil sebagai pengecualian dalam pengambilannya yang dapat dikesan oleh saya ialah makanan yang berlemak, semua jenis cokelat, kopi, nescafe, dan pedas yang amat sangat seperti makanan ala-ala orang negeri(munkin laa). disamping itu cuaca yang panas seperti di pineng dan hujan yang renyai-renyai juga (yang peliknya kalau mandi hujan yang lebat boleh) boleh menyebabkan kesakitan. walaubagaimana pun saya tidak pernah berpantang dalam hal ini..
         wallahuaklam..
      

5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. mengikut pakar perubatan, penyakit ini tiada ubatnya

    BalasPadam
  3. mungkin ada ubatnya nanti....usm akan selidik lebih lanjut....

    BalasPadam
  4. Allah uji taufik tu..
    tapi kak a saran wat cara traditional cina..ikhtiar

    BalasPadam