Berdasarkan pemahaman daripada hasil tinjauan literatur, perkembangan kedah kualitatif dalam geografi adalah hasil daripada rasa tidak puas hati ahli-ahli geografi yang dikenali sebagai geografi kritis terhadap revolusi geografi kuantitatif serta aliran geografi sains ruang yang diambil daripada falsafah positivisme yang menggunakan kaedah matematik terutamanya kaedah statistik dalam menguji hipotesis. Schaefer adalah antara ahli geografi yang menyokong geografi yang menggunakan falsafah dan kaedah aliran sains positivism (R.J. Johnston, 1989 : 73). Antara geografi kritis pada era geografi moden yang menentang geografi kuantitatif adalah geografi humanistik yang berlatar belakangkan falsafah exsistentialisme dan fenomenologi (P. Richard, 1988 : 34). Walaubagaimanapun kaedah kualitatif dilihat telah digunakan sejak dahulu lagi dalam geografi seterusnya pada era geografi sebelum moden iaitu sekitar tahun 1980 seperti geografi wilayah yang menekankan perbezaan kawasan (area differentiation) sehingga lahirnya geografi kuantitatif yang lebih kepada objektif serta menentang geografi yang bersifat kualitatif tersebut (Iwan Hermawan, 2009). Namun pendekatan kaedah kualitatif terus berkembang sehingga zaman geografi pascamoden seperti dalam geografi feminis dan sebagainya. Geografi kualitatif merupakan lebih kepada kaedah atau pendekatan yang digunakan oleh ahli-ahli geografi terhadap teras pemikiran mereka jadi untuk melihat perkembangan kaedah ini perlulah dilihat dari aspek aliran-aliran pemikiran geografi serta ahli-ahli geografi yang menggunakan kaedah ini. Oleh itu, tokoh-tokoh dalam geografi kualitatif adalah lebih umum dimana adalah berdasarkan penulisan serta falsafah mereka tidak kira mereka adalah ahli geografi wilayah, manusia atau sebagainya. Oleh yang demikian, Edward Relph, Yi-fu Tuan, Anne Buttimer, David Ley dan lain-lain lagi boleh dikatakan ahli-ahli geografi yang penting dalam geografi kualitatif. Daripada pemerhatian yang dibuat, tidak banyak penulisan yang berfokus terus kepada geografi kualitatif tidak seperti kaedah kuantitatif sehingga tercetusnya revolusi kuantitatif melainkan kaedah-kaedahnya yang digunakan dalam aliran-aliran geografi seperti geografi manusia , wilayah dan geografi humanistik.
Jika
difahami dari segi istilah, pendekatan kualitatif menekankan kepada makna dan
pemahaman dari dalam, suatu definisi dalam kontek tertentu dan lebih banyak
meneliti perkara-perkara yang berhubungan dengan kehidupan seharian (Jonathan
Sarwono, hal 1) . Kaedah kualitatif memberatkan usaha untuk mencari dan
memberikan keterangan serta pemerhatian bukan numerikal walaupun terdapat
keterangan yang merujuk kepada statistik ( Azizah Hamzah). kaedah kualitatif
juga mementingkan kepada proses yang digunakan berbanding dengan proses akhir
yang diperolehi menyebabkan sesetengah kajian yang menggunakan kaedah
kualitatif mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Tujuan utaman kajian yang
menggunakan pendekatan kualitatif ialah untuk mengembangkan pengertian,
konsep-konsep dan istilah yang pada akhirnya membentuk suatu teori di mana
tahap ini dikenali sebagai ‘Grounded
Theory research’ (Jonathan Sarwono, hal 2). Tambahan lagi, pendekatan
kualitatif lebih bersifat umum dan cara melakukan kajian boleh berubah-ubah
sesuai dengan situasi di lapangan semasa kajian tersebut dilakukan kerana reka
bentuk kajian hanya digunakan sebagai andaian dalam melakukan sesuatu kajian.
Oleh itu, peranan penkaji sangat dominan dalam menentukan kejayaan sesebuah
kajian sedangkan reka bentuk pendekatan hanya membantu mengarahkan proses
kajian supaya berjalan dengan sistematik. Selain itu, dalam pendekatan
kualitatif, data adalah bersifat deskriptif dan bukannya angka seperti dalam
pendekatan kuantitatif. Disamping itu, cirri pendekatan kualitatif ialah jumlah
sampel yang digunakan adalah kecil kerana dalam pendekatan kualitatif,
penekanan kepada pemilihan sampel adalah berdasarkan kualiti dan bukannya
jumlah sampel yang dikaji (Jonathan Sarwono, hal 3). Oleh itu, ketepatan dalam
memilih sampel merupakan faktor kejayaan sesebuah kajian yang dilakukan. Dalam
kajian yang menggunakan kaedah kualitatif juga, hubungan pengkaji dengan benda
yang dikaji perlulah dekat dan mempunyai saling kepercayaan. Sebagai contoh
jika sampel tersebut adalah manusia, hubungan antara penkaji dan orang yang
dikaji atau di temubual mestilah sebagai seorang rakan dan bukannya sebagai
objek penelitian (Jonathan Sarwono, hal 4). Biasanya penelitian mengambil masa
yang lama kerana pengkaji perlu menjalinkan hubungan yang rapat terlebih dahulu
dengan orang yang dikaji sebelum melakukan sesuatu kajian. Selain itu, Kontrak
dan semakan ahli oleh peserta penyelidikan semakin disyorkan dalam penyelidikan
kualitatif dalam geografi manusia (M. Bradshaw, 2000). “kontrak” ini kini
sering dituntut oleh jawatankuasa etika penyelidikan keizinan pada subjek
manusia (Baxter and Eyles, 1997). Cek ahli adalah satu paradigm baru atau
terjemahan daripada generasi keempat dimana pengesahan responden yang lebih
positif. cek ahli dikatakan menjadi kunci untuk mewujudkan ketepatan dan
kredibiliti dalam penyelidikan jenis kualitatif dan cara ini sememangnya perlu
digunakan oleh setiap penyelidik.
Isu
penting yang diberi perhatian oleh geografi kualitatif pada masa ini.
Isu
penting yang diberi perhatian oleh geografi kualitatif pada masa ini boleh
dilihat didalam kajian yang telah dilakukan berdasarkan artikel ‘Using Qualitative Methods in Medical
Geography : Deconstructive Moments in a Subdiscipline’ ini yang
membincangkan sumbangan penyelidikan kualitatif kepada proses dalam menyediakan
akses kepada cara-cara alternatif memahami kebimbangan terhadap kesihatan serta
menekankan isu-isu kuasa dalam menghasilkan pengetahuan dimana kaedah
kualitatif ini membawa potensi untuk ‘reconceptualizing’
isu utama bagi merangka penyiasatan mengenai hubungan antara tempat, orang dan
kesihatan mereka (D. Isabel, 2010). Dalam mengikuti isu-isu semasa dalam teori
sosial, kajian kualitatif juga menyumbang kepada kekaburan dalam ‘subdiscipline’. Sejak akhir-akhir ini,
wujud persoalan yang serius mengenai arah, tujuan dan kandungan perubatan
geografi dimana ianya mengambil ruang dan letakan serius dalam menyiasat
hubungan yang komplek antara orang, tempat, kesihatan mereka serta penjagaaan
kesihatan. Percubaan untuk membongkar perkara ini adalah merupakan hubungan
antara agenda geografi perubatan dan orientasi semua geografi tersebut.
Orientasi semula ini telah dimasukkan kedalam peningkatan penggunaan strategi
penyelidikan kualitatif dan perhatian kepada peranan teori sosial dalam
pembinaan pengetahuan. Kaedah kualitatif
tidak baru dalam geografi perubatan tetapi mereka mula meningkatkan
penggunaannya sebagai satu strategi penyelidikan yang difahami supaya mampu
menghasilkan ‘placesensitive’ serta
tertakluk dan berpusatkan kepada analisis dimensi geografi kesihatan dan
penjagaaan. Perkara ini memberi tumpuan kepada pandangan, persepsi, pengalaman
peserta kajian dimana penekatan yang digunakan dalam penyelidikan kualitatif
ini dapat menangani pelbagai soalan penyelidikan dan kebimbangan baru seperti
geografi perubatan mencipta semula bidang masing-masing sebagai geografi
kesihatan. Dalam kajian ini pengkaji melihat beberapa implikasi penggunaan
kaedah kualitatif untuk menyediakan akses alternatif tentang persefahaman
mengenai kesihatan dan kebimbangan penjagaan kesihatan seterusnya potensi untuk
‘reconceptualizing’ isu-isu utama
untuk penyiasatan. Strategi penyelidikan kualitatif terdiri daripada pelbagai
teknik dimana setiap strateginya berbeza dengan teori yang boleh digunakan bagi
kedua-dua pengumpulan maklumat dan teori kritikan. Kajian terbaru yang
menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif meliputi pelbagai bidang dalam
menangani pelbagai aspek kesihatan, penyakit, kecacatan atau penjagaan
kesihatan dan pengalaman tempat(D. Isabel, 2010) . Kajian kedua adalah mengenai
mereka yang rapat bekerja dengan teori sosial dan melibatkan diri dengan
intelek seperti ‘poststructuralism’,
feminisme, teori kritikan bangsa dan ‘cultural
turn’ yang umumnya dalam geografi manusia. Mereka meningkatkan sensitiviti
kepada kajian politik dalam pendekatan tersebut yang membawa lebih masa
reflektif dalam subdisiplin serta membuka pertimbangan kepada peranan
penyelidik dan teori dalam membina pengetahuan mengenai kesihatan dan tempat
terutamanya dalam penyelidikan yang berasaskan pengalaman. Kajian ini bermula
dengan perbincangan ringkas perubahan arah dalam subdisiplin yang menganjurkan
agar penyiasatan mengenai teori tentang hubungan antara manusia, tempat dan kesihatan dimana
memberikan tumpuan yang lebih terhadap siasatan
yang berpusatkan subjek. Seterusnya penulis meninjau beberapa pilihan
dimana kaedah kualitatif sedang digunakan dalam geografi kesihatan dan komen
mengenai isu-isu metodologi timbul hasil daripada tinjauan mengenai teori
sosial, kaedah dan kajian politik tersebut. Kesimpulannya penulis kajian ini
meringkaskan bahawa implikasi daripada penggunaan pendekatan baru iaitu
penyelidikan kualitatif dalam geografi kesihatan untuk pembangunan selanjutnya
serta sudut subdisiplin dalam meluaskan domain geografi sosiobudaya. Dalam esei
kajian, mohan (1989) mengulas mengenai konservatisme geografi perubatan dan
pendekatan metodologi kajiannya mencadangkan bahawa kaedah kualitatif seperti
temu bual secara mendalam mempunyai nilai dalam mendedahkan kedua-duanya iaitu
pengalaman orang tentang kesihatan , penyakit dan penjagaan kesihatan dan
bagaimana sosio politik yang lebih luas dan berkuasa memberi kesan keatas
seseorang individu. Sudah tentu penggunaan pendekatan epidemiologi dalam
siasatan konvensional telah kurang berminat dalam kontek pengalaman dan
sosiopolitik berbanding dalam pengukuran yang berkualiti bagi menghurai dimensi
antara ruang penyakit dan penyakit (D. Isabel, 2010). Perkhidmatan penyelidikan
penjagaan kesihatan juga sebahagian besarnya telah bergantung kepada pendekatan
kuantitatif untuk menyiasat lokasi, peruntukan dan kemudahan dalam penjagaan
rasmi perkhidmatan kesihatan. Selain itu, penyelidikan mengenai hubungan antara
kualiti alam sekitar dan kesihatan juga telah dikuasai oleh pendekatan kuantitatif. Strategi kualitatif telah di
tambah atau diganti atau lebih kepada kaedah konvensional iaitu penyiasatan
menggunakan kaedah quantitatif dalam mengkaji pengalaman kesihatan, penyakit dan
penjagaan kesihatan kepada setiap individu atau kumpulan yang dinyatakan. Oleh
itu, bagaimanakah pula kaedah kualitatif yang digunakan dalam menentukan hala
kursus baru Geografi Kesihatan ini. Sebagai sebahagian kaedah alternatif bagi
memahami geografi kesihatan dan penjagaan kesihatan, apakah potensi mereka
untuk ‘reconceptualising’ isu-isu
yang membimbangkan? Penulis kajian ini mengesan beberapa cara kaedah kualitatif
sokongan dalam tema dan kaedah kesihatan dalam geografi perubatan dan mereka
menggunakan kaedah ini untuk penyelidikan bagi kawasan-kawasan yang lebih
tradisional. Pergerakan semasa dalam subdisiplin walau bagaimanapun menarik
pandangan dari perbahasan baru dan bertukar intelek dalam geografi sosiobudaya
dalam mencabar dominasi kategori perubatan dalam menggariskan bidang dan
menyeru untuk pembentukan kontekstual dan penyakit. Dalam giliran penyiasatan
naratif juga telah membuka jenis penyiasatan yang memerlukan pengiktirafan
pengalaman subjektif dan merangka hubungan dan pengagihan kuasa. Terdapat
kaitan rapat dengan teori yang mendahului serta kebimbangan falsafah bagi memilih kaedah untuk menyiasat perubahan
dalam pendekatan kesihatan dan penjagaan kesihatan dalam masyarakat dimana
hadir bersama dalam membina semula geografi perubatan sebagai geografi
kesihatan.
Penulis
dalam kajian ini telah mengenalpasti tiga trend utama penggunaan strategi
kualitatif dalam geografi kesihatan baru-baru ini. Pertama pendekatan kaedah
kualitatif digunakan bersama-sama reka bentuk kajian kuantitatif terutamanya
dalam kajian menggunakan kaedah kaji selidik sebagai bidang penyelidikan yang
sedia ada dibangunkan. Kedua adalah kaedah kualitatif digunakan dalam
mewujudkan perspektif yang tertakluk kepada pusat penjagaan kesihatan, penyakit
serta kesihatan dan yang berkaitan dengan isu-isu yang mencabar pergantungan
kepada konvensional kategori pertikaian sentrik dalam siasatan. Ketiga ialah
penggunaan kaedah kualitatif bersama-sama dengan teori sosial.
Kesimpulan.
Kesimpulannya,
berdasarkan penulisan ini kita dapat mengetahui bagaimana kaedah kualitatif
dalam geografi yang telah diguna pakai dalam pemikiran-pemikiran geografi yang
telah wujud sebelum ini. Pendekatan kaedah kualitatif dalam geografi ini
mempunyai banyak kelebihan dalam mendapatkan ketepatan mengenai sesuatu kajin
terutamanya yang melibatkan manusia sebagai subjek kajian seperti contoh kajian
yang telah ditunjukkan dalam penulisan ini. Dalam kajian tersebut, kaedah
kualitatif dilihat penting digunakan dalam menjalankan kajian seperti bagi
mendapatkan ‘reconceptualizing’ isu
utama untuk merangka penyiasatan mengenai hubungan antara tempat, orang dan
kesihatan mereka walaupun sesetengah pengkaji-pengkaji lain mempunyai
pendekatan lain terutamanya yang menggunakan kaedah kuantitatif. Walau
bagaimanapun kaedah kualitatif tetap perlu digunakan walaupun tidak sepenuhnya
kerana dalam bab-bab tertentu keadaan seseorang subjek kajian tidak digambarkan
melalui kualitatif sahaja. Oleh itu, bagi pengkaji yang menggunakan kadah kualitatif
dalam kajiannya, mereka dapat melihat perbezaan hasil yang diperolehi daripada
menggunakan kaedah lain walaupun setiap kaedah yang digunakan mempunyai teori
dan falsafah yang telah dibenarkan terutamanya dalam kaedah penyelidikan
geografi. Jadi, kesan daripada perkembangan geografi kualitatif ini dapat
dilihat sehingga hari ini melalui pendekatan-pendekatan tertentu daripada aliran
pemikiran geografi humanistik sehingga kepada ahli geografi pascamoden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan